Apa itu anggaran?
- Anggaran bermaksud membuat pengiraan atau membuat perhitungan secara kasar. Penganggaran pula bermaksud proses mengira atau menghitung secara kasar ( Kamus Dewan, 2005). Pengaggaran memerlukan kepada pemahaman numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas.
- Anggaran merupakan satu kemahiran matematik tanpa mengguna pensil dan kertas. Kemahiran menganggar dianggap lebih penting daripada kemahiran mengira untuk mendapat jawapan sebenar. (Levine, 1982). Pada peringkat awal kemahiran menganggar hanya melibatkan kuantiti sahaja bukan melibatkan pengiraan.
- Pengetahuan sedia ada yang diperlukan murid untuk belajar menganggar ialah mereka tahu mengira berapa banyak kuantiti objek.
Kenapa mengajar dan belajar anggaran?
- Murid dapat mengembangkan kemahiran membuat anggaran melibatkan operasi matematik iaitu semasa proses mengira untuk mendapatkan jawapan.
- Sebelum saya teruskan dengan idea untuk mengajar anggaran, marilah kita meneliti DSKP yang digunakan sebelum ini dan DSKP Semakan 2017. Ada apa-apa perbezaan atau persamaan tak?
Terdapat tiga cara untuk belajar anggaran. Untuk melihat caranya, sila lihat page yang seterusnya.